Khamis, 15 Mac 2012

Proton Persona







PROTON Holdings Bhd akan memperkenalkan model baru P3-21A, iaitu kereta generasi baru pertama yang direka dan dibangunkan selaras keperluan perundangan dan peraturan automotif global terkini, pada pertengahan tahun 2011.
Sumber dalaman berkata, model yang dikenali dengan nama kod P3-21A itu akan dijual pada harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit, sekali gus menepati tanggungjawab syarikat sebagai pengeluar kereta nasional yang sentiasa memasarkan kereta dengan harga mampu milik tanpa berkompromi dengan tahap kualiti.
“Nama rasmi model baru yang dilengkapi dengan enjin Campro 1.6 turbo itu sudah pun dimuktamadkan kumpulan pengurusan PROTON, manakala pelancarannya pula dijangka akan dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Kecemerlangan PROTON di Subang Jaya, Selangor,” katanya.
Menurut sumber berkenaan, model baru itu juga akan merapatkan jurang segmen kereta antara Persona dan Inspira, seterusnya memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna memiliki kereta. 
Katanya, model baru itu akan menepati pelbagai penanda aras antarabangsa yang ditetapkan bagi sebuah syarikat pengeluar kenderaan, khususnya membabitkan standard pelepasan asap selain dilengkapi ciri keselamatan termasuk empat beg udara, sistem kawalan brek ABS, EBD serta sistem kawalan penstabilan elektronik (ESC).
Katanya, selain ciri keselamatan, P3-21A juga dilengkapi pelbagai rekaan terkini serba lengkap, sama ada dari aspek kelengkapan aksesori mahu pun utiliti.
“Menariknya, cermin sisi model baru ini akan berfungsi secara automatik dengan melipat ke dalam setiap kali pemilik kenderaan mengaktifkan sistem penggera kereta dan ia juga akan terbuka semula sebaik kenderaan dihidupkan dan mula bergerak di bawah halaju lima kilometer,” katanya sambil menambah bonggol tengah di tengah lantai ruang kaki belakang juga lebih rendah sekali gus menjadikan ruang kaki penumpang belakang tidak lagi sempit.
Selain itu, sumber berkenaan berkata, paparan maklumat (SID) di ruang panel pemanduan turut di naik taraf dengan dilengkapi sistem tiga bacaan kilometer iaitu Trip A, Trip B dan Trip C selain pelbagai lagi maklumat yang akan berfungsi memberi amaran jika bateri pada kunci lemah.


Read more: http://www.enciknakal.com/2012/02/gambar-dan-harga-proton-p3-21a-baru.html#ixzz1pEx6J9oR


Pada akhir tahun 2011, adik saya membeli kereta Proton Persona Klabu. Memang lawa la. So sebagai kakak, amik kesempatan yang ada ni mengatur hidup adik sbelum dia berkeluarga. So tiap ari minggu, saya suruh dia datang nilai ni, pah p derak-derak. Tiap hujung bulan, kompem saya ajak dia balik Kelantan. Manfaat peluang yang ada la katakan.

Okey, sbenarnya nak compare kan antara kereta Proton Persona dan Proton Gen-2 aje. Bagi pendapat saya, bagi seat belakang kereta Proton Gen-2 lebih selesa berbanding Proton Persona. Saya dah biasa duduk seat blakang, memamg selesa Gen-2 la. Sebab seat kereta Gen-2 Lebih luas berbanding Persona. Kereta Persona lebih kecil. Tp kalau untuk boot, kereta Persona la plak lebih baik,hee





Tiada ulasan:

Catat Ulasan