Rabu, 25 April 2012




Proton Preve – Model Kereta Terbaru Proton




by STAFF BERITA SEMASA on APRIL 4, 2012
in BERNAMA MALAYSIA


[Berita Bernama Malaysia] PUTRAJAYA: PROTON Holdings Bhd memilih ‘PREVE’ sebagai nama model kereta terbaru Proton bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata nama baru model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A bermaksud bukti atau sudah terbukti kepada dunia bahawa PROTON mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

“Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia. “Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu selepas 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baru itu sejauh 156 kilometer. Syed Zainal Abidin berkata PREVE mampu menjana keuntungan yang lebih tinggi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.

Beliau berkata, Proton PREVE dijadual dilancarkan bulan ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. PROTON memberi keutamaan kepada gaya kereta bagi menarik pengguna global manakala model sebelumnya lebih disesuaikan untuk persekitaran domestik.

Syed Zainal juga yakin kereta baru global itu mampu mencatat jualan bulanan sebanyak antara 4,000 dan 4,500 unit. Beliau juga yakin PREVE akan terbukti menarik pembeli luar negara dan untuk itu PROTON sedang menguji kereta itu untuk jualan di Asia Tenggara, Australia dan Asia Barat.

PROTON memberi perhatian terhadap ciri keselamatan termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori selain sistem pengendalian dalam membangunkan kereta global.

Sumber : Bernama Malaysia


Kereta Preve ini merupakan keluaran terbaru daripada Proton yang mana mmg mnarik, elegence, sesuai dan berbaloi kepada mereka yang inginkan sebuah kereta sederhana dari Proton. Harganya pun dalam lingkungan RM 60 - RM 70 ribu.

Bagi pendapat saya setelah join showcase kereta ini 2mgu lepas, kemasan dalamannya walaupun hampir sama tetapi tidak dapat menyamai Inspira yang lebih anggun. Semasa berada di kerusi pemandu sambil membelek-belek di bahagian kokpit, terasa keselesaannya. Cuma rekaan dashboard agak stiff seperti kereta Eropah, iaitu VW dan Mercedes, jika lebih landaikan sedikit barulah ia lebih dramatik seperti Toyota Prius atau pun Nissan Teana.

Beberapa bahagian yang menggunakan plastik agak kurang kukuh seperti di cermin belakang dan di pintu. Getah side step pula kelihatan lebih kukuh berbanding model Wira sebelum ini.

Cuma yang kurang menarik ialah getah yang ditampal di bahagian belakang seolah-olah dummy kepada cermin tingkap belakang.

Penyandar kepala pemandu dan penumpang cukup selesa dan ia hampir menyamai kereta honda insight.

Tempat duduk penumpang belakang cukup selesa dengan adanya arm rest di bahagian tengah. Begitu juga penyandar 60/40 yang boleh direbahkan untuk tambahan muatan panjang, sudah tentu pemilik cukup teruja dengan rekaan ini.

Bahagian luaran juga agak menarik walaupun tak tangkap Ummph....Ia dilengkapi dengan tayar lebar iaitu 205 / 55/16. memang sesuai untuk membelok dan mencengkam jalan.

Lampu-lampu LED juga menjadi tarikan untuk kenderaan-kenderaan masa kini dan Preve mendahului dari kereta buatan Korea yang masih menggunakan mentol biasa.

Ruangan barang juga cukup besar berbanding kereta Proton yang lain dan tray getah disediakan dan pembeli tidak perlu berbelanja lebih.




Antara gambar keadaan dalam Kerete Proton Preve. Memang besar dan puas hati sangat.






Jutaan Terima Kasih kepada En, Shahrul Nizam, agent Proton kerana sudi bagi saya maklumat dan sudi ditemubual. Ensem tu penting ;-)



Rabu, 4 April 2012

My206Club New Logo 2012

Tahukah anda, Peugeot merupakan salah satu syarikat automobil utama di Perancis. Perusahaan ini merupakan sebahagian dari PSA Peugeot Citoen yang mana syarikat utama di Paris, Perancis. Perusahaan ini bermula pada akhir abad ke-19 (FAKTA).


(LOGO PEUGEOT)






Berikut merupakan kejayaan yang telah dimenangi kenderaan Eropah (Peugeot) berdasarkan tahun (anugerah  European Car of the Year):

Peugeot telah menghasilkan / mendapat tiga anugerah  European Car of the Year.


1969: Peugeot 504
 

 
1988: Peugeot 405
2002: Peugeot 307
Manakala model kenderaan Peogeot yang lain telah memenangi tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan ini.
1980: Peugeot 505
 
 
1984: Peugeot 205
 
 
1996: Peugeot 406
 
 
1999: Peugeot 206



My206Club New Logo 2012





Peugeot 206, Logo terkini..
Clas sgt kete ni, idman my frenz Nurul Saini.. terlalu mnggemarinyer, muahahaha



Isnin, 2 April 2012

keluhan!!

Sbelum mngeluh, kta ingt 5 prkara:

Pertama: Sbelum kta mngeluh psl kta xda pape, kta pkirkn psal org yg mminta2 dtepi jalan,

Kedua: Sbelum kta mngeluh psl nasib kta malang, kta pkirkn psl hidup org yg lbh malang drpd kta,

Ketiga: Sbelum kta mngeluh ttg msalah suami atau istri, kta pkirkn ttg org yg memhon pda Allah supaya mendapat jodoh,

Keempat: Sbelum kta mngeluh psl masa, kta pkirkn ttg org yg meninggal trlalu cepat,

Kelima: Sbelum kta mngeluh psl anak, kta pkirkn ssorg yg ingn kn anak, tp xdpt ank.

Khamis, 22 Mac 2012

Koleksi Terbaik Mini Cooper


vroom! vroom! vroom!
hehehe..comel tak kereta kat sebelah nie? kalau korang semua nak tahu ni lah MINI COOPER.. actually ninie baru je selesai mengoogle pic kat sebelah ni..ninie bukan apa, saja jer nak usha2 kereta comel ni coz ader maksud yang tersirat di sebalik MINI COOPER ni kalau korang semua nak tahu..huhuhu..



Mini Cooper Terkini.. Wiseri 2012 ;-)






Berkongsi Minat tentang Automobil



Tentang Minat!!!

Sebenarnya zaman-zaman kecil dulu, saya sangat-sangat-sangat meminati keteta Proton Satria,Fuhh memang hebat la. Sekali tu umi kte kereta Satria untuk orang Honeymoon. Kesahihan saya tidak tau, tapi berdasarkan pengamatan saya, kereta Satria kan ada 2 pintu depan aje, so memang xmustahil la dinamakan "Kereta Honeymoon",huhu

Nak dijadikan cerita, satu hari saya ada kenal dengan seorang mamat neh, memang leh tahan la jugak. Ada kereta Satria warna hijau, bernombor plate BEJ, yang belakang tuh tak ingat la plak (Ops, saya bukan jenis pempuan Gila Besi ye). Tapi disebabkan 'peel' mamat ni tak berapa ok, so umi saya ngan direct merejectnyer,huhuhu. Point utama yang saya nak katakan sebenarnya, kereta dia tuh hasil perkongsian dengan makwanya, tapi dengan sesuka hati aje duk angkut macam-macam pempuan dalam kete tuh (saya tidak termasuk k).

Khulasahnya, disebabkan 'peel'nya yang tidak ok plus dengan dia naik kereta kegemaran saya, sampai sekarang saya tak boleh tengok kereta itu. Untuk menta'kidkan, tak boleh tengok bukan sebab suka ye, tapi sebab tak suka sangat-sangat. Hancus lebur impian saya nak memiliki kereta Proton Satria satu hari nanti,sob ;'(





Akan tetapi, bila umur makin mening, bila da semakin meningkat dewasa ini, minat saya pun dah berubah sekali. Saya selalu mendengar abang long, adik-adik, abah dan ayah sdara selalu membincangkan rtentang keistimewaan HONDA yang tahan lasak berbanding kereta-kereta brand lain.

So,saya mula berpaling arah. Saya tinggalkan dunia Proton saya untuk dunia Honda. Chewah, bunyi cam hebat je kan ;-) Lebih-lebih lagi Honda Civic.

Seperti sedia maklum, Dezcription bagi HONDA ialah 'The Power of Dream'. Bunyi cam clas je kan, tp memamg clas pon. Percayalah ;-)



Contohnya Honda Civik EK Vtec, kereta ini da berusia 13 tahun. Tapi ayah sdara saya memakainya samoai kini tak pernah ada sebarang masalah pun. So satu ari nanti, saya teringin sangat2 dapat kereta Honda Civic, then renevote, menarik kan,huhu



HONDA (THE POWER OF DREAM)

Untuk keterangan lanjut tentang Honda Civic 2012 kegemaran terbaru saya neh, layarilah :

GANBATE SHU!!

Rabu, 21 Mac 2012

Mercedes-Benz CLS





Mercedes-Benz CLS 2011 terbaru sudah diketahui akan dipamerkan pada Paris Motor Show Oktober 2010 nanti. Sebelum itu foto spy daripada brosur model tersebut telah pun bocor di internet. Siapa yang membocorkannya? Mungkin dibocorkan oleh pihak Mercedes-Benz sendiri sebagai salah satu strategi pemasaran. Brosur yang di scan itu dengan jelas menunjukkan foto model CLS 2011 terbaru sehingga tidak perlu menunggu Paris Motor Show berlangsung. Saya percaya CLS 2011 yang akan dipamerkan pada pertunjukan itu nanti akan sama seratus-peratus seperti foto di dalam brosur itu. Melalui foto-foto tersebut, tema CLS terbaru ini tidak jauh bezanya seperti model sebelumnya namun yang menarik perhatian ialah lampu utamanya kini dicipta lebih moden menggunakan lampu LED bertingkat, tambahan lampu kabus juga menggunakan LED. Pemandangan visual luaran dan dalaman menunjukkan segenap sisi model CLS 2011 ini begitu memukau sekali. Bahagian belakang yang direndahkan dengan lampu belakang lebih besar dan dua ekzos menunjukkan sifat sporty model ini yang tidak berkurangan. Mercedes-Benz CLS 2011 hadir dengan beberapa varian dengan kuasa enjin yang berprestasi tinggi. Di bawah adalah senarai varian bagi model tersebut. Varian Mercedes-Benz CLS 2011 CLS 250 CDI (204 hp / 500 nm) CLS 350 CDI (265 hp / 620 NM) CLS 350 CDI 4Matic (265 hp / 620 NM) CLS 350 CGI (306 hp / 370 NM) CLS 500 BE (435 hp / 700 NM) CLS 500 BE 4matic (435 PS / 700 NM) CLS 63 AMG (544 hp / 800 NM)




Antara koleksi gambar-gambar MERCEDES BENZ CLS yang menarik