Ahad, 13 Mei 2012

Perodua MYVI LE baru dilancarkan - hanya untuk wanita?


Ini ialah antara gambar-gambar terbaru MYVI LE yang sudah boleh ditempah di setiap pusat jualan Perodua di seluruh negara. Myvi LE dikeluarkan sebagai edisi terhad oleh Perodua, jadi jika ada yang berminat sila buat tempahan segera sebelum kehabisan stok. Sekarang ni aku sedang menunggu siapa agaknya yang akan memandu sebuah Myvi berwarna pink selepas ini. Kalau pemandu wanita tu biasalah, kalau pemandu lelaki pulak apa yang aku akan fikirkan ye? Korang pulak boleh terima ke kalau ada pemandu Myvi LE berwarna pink nanti?
Front 3 quater Dazzling Red 7701 300x173 Perodua Myvi LE baru dilancarkan   hanya untuk wanita?Front 3 quater Ivory White 770 300x177 Perodua Myvi LE baru dilancarkan   hanya untuk wanita?Front 3 quater Ebony Black 770 300x180 Perodua Myvi LE baru dilancarkan   hanya untuk wanita?
Salah satu model kereta yang paling menarik perhatian aku ialah Perodua Myvi. Bagi aku Perodua Myvi ialah sebuah kereta yang cukup mantap, dengan ruang penumpang yang luas, enjin yang menjimatkan minyak dan rupa bentuk boleh tahan. Kalau dulu masa mula-mula keluar orang asyik kutuk-kutuk Perodua Myvi, ada yang kata rupa bentuk dan design macam katak tapi cuba tengok Perodua Myvi SE yang terkini, mantap beb, cun gila!
Ini ada satu lagi berita baik dan mengujakan. Hari ini Perodua telah melancarkan Perodua Myvi baru. Perodua Myvi yang diberi nama Perodua Myvi LE itu adalah kesinambungan daripada kejayaan Perodua Myvi sebelum ini. Perodua Myvi LE bukanlah sebuah kereta model baru daripada Perodua tetapi hanya model yang diupgrade dari segi facelift sahaja. Apa yang istimewanya Perodua Myvi LE? Menurut Perodua, sasaran pembeli Perodua Myvi LE kali ini adalah pemandu-pemandu wanita.
Wah, memang hebat Perodua, bertambah kreatif apabila mereka berani meletakkan sasaran Perodua Myvi LE untuk pembeli wanita. Mungkin Perodua Myvi SE yang dilancarkan sebelum ini adalah untuk kategori pembeli lelaki, jadi untuk tidak menghampakan kaum wanita, Perodua Myvi LE dilancarkan, betulkan Perodua?
Front seats 770 300x213 Perodua Myvi LE baru dilancarkan   hanya untuk wanita?
Rear seats 770 300x199 Perodua Myvi LE baru dilancarkan   hanya untuk wanita?
Side door trimming 770 269x300 Perodua Myvi LE baru dilancarkan   hanya untuk wanita?











Istimewanya Perodua Myvi LE ialah ianya didatangkan dalam 3 warna yang menarik iaitu Dazzling Red (Pink), Ivory White (Putih) dan Ebony Black (Hitam). Paling menarik dan cukup bersesuaian untuk seorang wanita ialah Perodua Myvi LE yang berwarna Dazzling Red (Pink), bukankah setiap wanita meminati warna pink? Kalau untuk lelaki ada berani ke nak memandu Myvi berwarna pink? Tak mungkin aku akan memandu sebuah kereta berwarna pink, jatuh imej aku sebagai peminat kereta sport tegar, hehehe…
Mari kita lihat pulak harga sebuah Perodua Myvi LE. Didatangkan dengan transmisi automatik dan bercat metalik, harganya ialah sebanyak RM48,600 manakala bagi yang berwarna solid, harganya ialah RM48,100.00, perbezaan harga sebanyak RM500.00. Alang-alang dah beli kereta istimewa macam Myvi LE, elok ambil je yang berwarna metalik, tambah lagi RM500.00 je.
Selain daripada warna yang menyerlah, bahagian dalaman seperti balutan kusyen, pemegang dalaman pintu, karpet lantai, sistem audio yang dilengkapi Bluetooth, dua beg udara berkembar di hadapan, lampu belakang yang jernih, termasuklah cermin solek di bahagian pemandu pun disediakan. Hmmmm..betul-betul tak sesuai kereta ni untuk pemandu lelaki. Kalau lelaki yang memandu apa gunanya cermin solek tu kan?
Perodua Myvi LE sudah boleh ditempah di setiap pusat jualan Perodua di seluruh negara. Myvi LE dikeluarkan sebagai edisi terhad oleh Perodua, jadi jika ada yang berminat sila buat tempahan segera sebelum kehabisan stok. Sekarang ni aku sedang menunggu siapa agaknya yang akan memandu sebuah Myvi berwarna pink selepas ini. Kalau pemandu wanita tu biasalah, kalau pemandu lelaki pulak apa yang aku akan fikirkan ye? Korang pulak boleh terima ke kalau ada pemandu Myvi LE berwarna pink nanti?
Centre cluster w cubic printing 770 180x300 Perodua Myvi LE baru dilancarkan   hanya untuk wanita?
Vanity mirror driver side 770 300x236 Perodua Myvi LE baru dilancarkan   hanya untuk wanita?
Rear 1 quarter 770 300x214 Perodua Myvi LE baru dilancarkan   hanya untuk wanita?
Untuk melihat lebih banyak foto Perodua Myvi LE yang terkini, sila layari blog Paultan.

http://www.arenakereta.com/07/07/2010/perodua-myvi-le-baru-dilancarkan-hanya-untuk-wanita/http://www.arenakereta.com/07/07/2010/perodua-myvi-le-baru-dilancarkan-hanya-untuk-wanita/



Tiada ulasan:

Catat Ulasan