Rabu, 25 April 2012




Proton Preve – Model Kereta Terbaru Proton




by STAFF BERITA SEMASA on APRIL 4, 2012
in BERNAMA MALAYSIA


[Berita Bernama Malaysia] PUTRAJAYA: PROTON Holdings Bhd memilih ‘PREVE’ sebagai nama model kereta terbaru Proton bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata nama baru model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A bermaksud bukti atau sudah terbukti kepada dunia bahawa PROTON mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

“Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia. “Oleh itu, kami memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu selepas 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baru itu sejauh 156 kilometer. Syed Zainal Abidin berkata PREVE mampu menjana keuntungan yang lebih tinggi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi.

Beliau berkata, Proton PREVE dijadual dilancarkan bulan ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. PROTON memberi keutamaan kepada gaya kereta bagi menarik pengguna global manakala model sebelumnya lebih disesuaikan untuk persekitaran domestik.

Syed Zainal juga yakin kereta baru global itu mampu mencatat jualan bulanan sebanyak antara 4,000 dan 4,500 unit. Beliau juga yakin PREVE akan terbukti menarik pembeli luar negara dan untuk itu PROTON sedang menguji kereta itu untuk jualan di Asia Tenggara, Australia dan Asia Barat.

PROTON memberi perhatian terhadap ciri keselamatan termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori selain sistem pengendalian dalam membangunkan kereta global.

Sumber : Bernama Malaysia


Kereta Preve ini merupakan keluaran terbaru daripada Proton yang mana mmg mnarik, elegence, sesuai dan berbaloi kepada mereka yang inginkan sebuah kereta sederhana dari Proton. Harganya pun dalam lingkungan RM 60 - RM 70 ribu.

Bagi pendapat saya setelah join showcase kereta ini 2mgu lepas, kemasan dalamannya walaupun hampir sama tetapi tidak dapat menyamai Inspira yang lebih anggun. Semasa berada di kerusi pemandu sambil membelek-belek di bahagian kokpit, terasa keselesaannya. Cuma rekaan dashboard agak stiff seperti kereta Eropah, iaitu VW dan Mercedes, jika lebih landaikan sedikit barulah ia lebih dramatik seperti Toyota Prius atau pun Nissan Teana.

Beberapa bahagian yang menggunakan plastik agak kurang kukuh seperti di cermin belakang dan di pintu. Getah side step pula kelihatan lebih kukuh berbanding model Wira sebelum ini.

Cuma yang kurang menarik ialah getah yang ditampal di bahagian belakang seolah-olah dummy kepada cermin tingkap belakang.

Penyandar kepala pemandu dan penumpang cukup selesa dan ia hampir menyamai kereta honda insight.

Tempat duduk penumpang belakang cukup selesa dengan adanya arm rest di bahagian tengah. Begitu juga penyandar 60/40 yang boleh direbahkan untuk tambahan muatan panjang, sudah tentu pemilik cukup teruja dengan rekaan ini.

Bahagian luaran juga agak menarik walaupun tak tangkap Ummph....Ia dilengkapi dengan tayar lebar iaitu 205 / 55/16. memang sesuai untuk membelok dan mencengkam jalan.

Lampu-lampu LED juga menjadi tarikan untuk kenderaan-kenderaan masa kini dan Preve mendahului dari kereta buatan Korea yang masih menggunakan mentol biasa.

Ruangan barang juga cukup besar berbanding kereta Proton yang lain dan tray getah disediakan dan pembeli tidak perlu berbelanja lebih.




Antara gambar keadaan dalam Kerete Proton Preve. Memang besar dan puas hati sangat.






Jutaan Terima Kasih kepada En, Shahrul Nizam, agent Proton kerana sudi bagi saya maklumat dan sudi ditemubual. Ensem tu penting ;-)



1 ulasan:

  1. Assalamualaikum dan salam 1Malaysia, rahsia Proton P3-21A akhirnya terlerai apabila MD Proton Holding Berhad, Datuk Syed Zainal Abidin mengumumkan nama kereta Nasional terkini adalah Proton Preve bukan Proton Tuah seperti yang banyak dilaporkan di blog-blog sebelum ini. Proton Preve modal terbaru Proton dijangka akan dilancarkan pada 15hb April 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

    BalasPadam